So, I found my old karangan book and I read back the karangan I wrote for homework. YES, I did karangan homework.. LOL. My BM quite mantap ah that time. Now so rusty :( Must maintain my BM. So here's what I wrote 2 years ago. Karangan surat tidak rasmi (minus the format).

-

Menemui saudari Nita yang kini berada di Sumatera, Indonesia. Saya berharap saudari dan keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat dan dilimpahkan rahmat serta beroleh kesejahteraan yang berpanjangan. Pada masa ini, saya dan seisi keluarga saya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana saudari masih sudi untuk menulis surat kepada saya dan saya memohon maaf kerana bersikap kera sumbang dahulu.

Saudari,
Apabila saya menerima surat daripada saudari, saya begitu kagum kerana walaupun saudari berada di luar negara, saudari tetap mengikuti perkembangan yang berlaku di negara saya melalui internet. Seperti yang saudari maklum, semakin banyak rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara lain dan tidak mahu pulang ke tanah air mereka. Pada pendapat saya, untuk membendung perkara ini berlanjutan, usaha-usaha untuk membentuk jati diri dalam kalangan remaja haruslah dijalankan kerana mecegah lebih baik daripada mengubati. Usaha-usaha untuk membentuk jati diri dalam kalangan remajga penting kerana ramai pelajar ingin melanjutkan pelajaran di luar negara dan jati diri dalam diri mereka akan mengingatkan mereka supaya pulang ke tanah air mereka. 

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam membentuk jati diri dalam kalangan remaja. Saya berasa pendidikan diri sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk dan menanam jati diri dalam kalangan pelajar. Dalam semua aspek pendidikan di sekolah, remaja dididik untuk menghargai dan mencintai negara. Matapelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan subject yang menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Melalui pendidikan, maka terbentuklah satu generasi muda yang mempunyai jati diri. Oleh itu, guru-guru dan para pendidik memainkan peranan penting ini dan haruslah berganding bahu untuk mencapainya.

Saudari,
Selain pendidikan formal di sekolah, pendidikan tidak formal di rumah adalah penting untuk memastikan pendekatan yang lebih menyeluruh tentang kepentingan jati diri dalam diri remaja. Untuk menyemai jati diri dalam keperibadian anak-anak, pendedahan perlu diberikan sejak mereka kecil lagi, bak kata pepatah melentur buruh biarlah daripada rebungnya. Jadi, pendidikan agama yang mantap di rumah amatlah penting. Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti berbentuk patriotik. Ibu bapa sendiri haruslah menjadi contoh kepada anak-anak supaya anak-anak akan mengikuti jejak langkah mereka bak kata pepatah bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Langkah ini haruslah diamalkan secara berterusan oleh ibu bapa untuk membentuk generasi yang mempunyai jati diri.

Seterusnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga merupakan langkah lain untuk membentuk jati diri dalam kalangan remaja. Pelaksanaan PLKN dan seterusnya diwajibkan kepada semua remaja di Malaysia boleh menanamkan semangat cinta akan negara. PLKN merupakan persediaan fizikal lengkap dengan persediaan dari segi kerohanian. Sejajar dengan itu, remaja juga boleh mewujudkan persefahaman dan perpaduan apabila remaja berbagai-bagai bangsa tinggal bersama selama tiga bulan. Di samping menanam jati diri dalam kalangan pelajar, hubungan erat sesama rakan sebaya dapat dibentuk secara tidak langsung dan akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Saudari,
Aktiviti kokurikulum di sekolah dan aktiviti oleh Kementerian Belia dan SUka atau Rakan Muda juga berkesan dalam membentuk remaja yang mempunyai jati diri. Aktiviti-aktiviti sukan atau lain melatih pelajar dan remaja untuk menjadi insan yang tabah serta berpotensi tinggi untuk menajdi pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan. Remaja belajar untuk memimpin rakan sebaya dan juga memupuk nilai berdisiplin. Pakaian seragam yang dipakai semasa aktiviti-aktiviti dijalankan mampu membentuk dan memberi pelajar imej dan identiti. Selaras dengan itu, remaja juga dibentuk menjadi satu generasi orang muda yang mempunyai jati diri. Di samping itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum turut memupuk semangat kerjasama sesama guru, rakan sebaya dan masyarakat setempat iaitu bagai aur dengan tebing dalam peribahasa Melayu.

Saudari,
Sememangnya terdapat pelbagai cara bagi membentuk jati diri dalam kalangan remaja. Namun, remaja sendiri juga haruslah menerima dan memberikan respons yang sepatutnya kerana Allah tidak akan mengubah nasib hambanya kecuali hamba itu sendiri yang mengubah nasibnya. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa semua pihak haruslah bekerjasama dan prihatin dalam membentuk jati diri dalam kalangan remaja dengan terus mendidik mereka tentang kepentingan mempunyai jati diri. Hal ini kerana remaja merupakan pemangkin negara pada masa hadapan dan remaja yang berjati diri mampu membina negara yang maju serta makmur. Rasanya, setakat ini sajalah daripada saya. Saya memohon maaf sekiranya terdapat pendapat yang menyinggung perasaan saudari. Semoga kita dapat bersua lagi dalam lembaran yang lain pada masa yang terdekat. Sekian.


-

If you ask me to write a karangan now, I think my head will go blank. Time to brush up BM! 
And so sorry for the propaganda in the whole karangan written up there. Was taught that way. It's a tactic to get A for BM :P